Rospiagos KP baharu JPJ, Zailani dilantik TKSU

Zulkapli menyampaikan watikah lantikan kepada Rospiagos (kiri), dan Zailani (kanan).
Zulkapli menyampaikan watikah lantikan kepada Rospiagos (kiri), dan Zailani (kanan).
A
A
A

PUTRAJAYA - Rospiagos Taha dilantik sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) yang baharu.

Pelantikan itu berkuat kuasa pada Isnin bagi menggantikan kekosongan ditinggalkan Datuk Zailani Hashim.

Zailani pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Perladangan dan Komoditi) Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Penyampaian watikah itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed.

Turut dilantik tiga pegawai lain membabitkan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Datuk Che Roslan Che Daud; Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar JPA, Dr Nor Mazny Abdul Majid serta Pengarah Hopsital Sultanah Aminah, Johor, Dr Sal Atan.

Dalam ucapan ringkas, Zulkapli mengingatkan para pegawai memahami hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan mengenai pelaksanaan tata kelola yang baik dan integriti tinggi selain mempunyai akhlak serta ihsan baik selaras dengan aspirasi membangun Malaysia Madani.