Bungkusan didakwa menyerupai bom tiada unsur letupan

Pihak polis memeriksa bungkusan yang didakwa menyerupai bom diletakkan di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada Khamis. Gambar kecil: Mazli
Pihak polis memeriksa bungkusan yang didakwa menyerupai bom diletakkan di pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu pada Khamis. Gambar kecil: Mazli
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan bungkusan putih dijumpai di hadapan pagar Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu yang didakwa menyerupai bom tidak mempunyai unsur letupan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, hasil siasatan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dan Unit Pemusnah Bom (UPB) di lokasi berkenaan mendapati bungkusan itu mengandungi kertas A4, bateri serta cebisan lampu suluh.

Bahagian Siasatan Jenayah dan UPB memeriksa lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai penemuan bungkusan mencurigakan di pintu masuk kompleks mahkamah. Gambar kecil: Anggota polis memeriksa bungkusan yang didakwa menyerupai bom di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu.

"Pihak polis dihubungi seorang pengawal keselamatan memberitahu terjumpa bungkusan mencurigakan berwarna putih.

"Hasil pemeriksaan mendapati ia dibalut kertas A4, mengandungi bateri serta disyaki mempunyai cebisan lampu suluh. Pihak polis telah bertindak memusnahkan barangan tersebut dan kita percaya ia tidak mempunyai unsur letupan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut Mazli, barangan tersebut telah dihantar ke Unit Forensik untuk tindakan lanjut dan siasatan berhubung kes itu dijalankan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana melakukan ugutan jenayah.

Polis memeriksa barangan kes yang didakwa menyerupai bom diletakkan di pintu pagar Kompeks Mahkamah Kuala Terengganu.
Polis memeriksa barangan kes yang didakwa menyerupai bom diletakkan di pintu pagar Kompeks Mahkamah Kuala Terengganu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menemui motif kejadian itu dan percaya bungkusan terbabit diletakkan oleh pihak tertentu di lokasi itu pada sebelah malam.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini kita belum dapat motif sebenar kejadian dan kita percaya ia diletakkan oleh individu tertentu pada waktu malam kerana ia ditemui pengawal keselamatan pada jam 6.45 pagi tadi.

"Pihak polis telah menjalankan pembersihan di seluruh kawasan dan mendapati tiada unsur-unsur yang boleh mengancam keselamatan di kompleks mahkamah itu.

"Bagaimanapun, kita akan teruskan rondaan dan pemantauan di kawasan terbabit," ujarnya.