LKTN, JPJ kerjasama pantau penyeludupan tembakau

Zailani (dua,kiri) membincangkan sesuatu bersama agensi penguat kuasa lain.
Zailani (dua,kiri) membincangkan sesuatu bersama agensi penguat kuasa lain.
A
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung penyeludupan masuk tembakau dari negara jiran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Datuk Zailani Hashim berkata, kerjasama itu akan dimulakan tahun ini.

"Ia melibatkan empat buah negeri yang bersempadan dengan Thailand," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat LKTN di sini pada Khamis.

Zailani (kanan) menunjukkan sebahagian daripada tembakau yang dirampas.
Zailani (kanan) menunjukkan sebahagian daripada tembakau yang dirampas.

Menurut beliau, sebelum ini LKTN sudah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam membanteras jenayah penyeludupan.

Ujarnya, ini merupakan usaha terbaharu LKTN dalam membendung aktiviti tersebut.

"Sebagai contoh, jika ada rampasan berkait dengan tembakau, kita akan kendalikan.

"Sekiranya dadah kita akan serahkan kepada polis dan begitulah sebaliknya mengikut agensi berkaitan," katanya.

Artikel Berkaitan: