UMPSA Advanced tawar kursus keselamatan EV

Sebahagian peserta yang menyertai kursus Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV.
Sebahagian peserta yang menyertai kursus Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV.
A
A
A

KUANTAN - Para pemain industri termasuk pengguna perlu memiliki pengetahuan serta pemahaman mendalam terhadap aspek keselamatan penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Kedua-dua perkara itu amat penting selaras dengan perkembangan teknologi serta pasaran EV yang semakin rancak di Malaysia ketika ini.

Susulan daripada perkembangan tersebut, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Advanced menawarkan Kursus Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV di bawah Program Talent Tech kepada semua pemain industri dan agensi berkaitan di Pahang.

Menurut Dr Ahmad Johari Mohamad, kursus jangka pendek itu dapat memberi pendedahan awal kepada warga industri serta agensi kerajaan mengenai aspek keselamatan penyelenggaraan EV.

"Adalah satu keperluan penting untuk memiliki pengetahuan asas dalam keselamatan EV kerana teknologi ini bakal diaplikasikan dengan lebih meluas di masa akan datang selari dengan Revolusi Industri 4.0.

DR AHMAD JOHARI
DR AHMAD JOHARI

“Justeru, melalui Program Talent Tech menawarkan kursus yang menepati permintaan industri dalam memenuhi keperluan sesebuah organisasi," kata beliau Yang Menjalankan Fungsi Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Kursus Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV yang disertai 43 peserta yang mewakili 21 pemain industri automotif di Pahang antaranya, Hicom Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd, Universiti Automotif DRB-Hicom Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd serta Kolej-kolej Komuniti.

Artikel Berkaitan:

Dr Hamdan (tengah) bersama para peserta yang menyertai kursus 'Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV' anjuran UMPSA Advanced di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan pada Rabu.
Dr Hamdan (tengah) bersama para peserta yang menyertai kursus 'Kesedaran Keselamatan Penggunaan EV' anjuran UMPSA Advanced di Hotel Grand DarulMakmur, Kuantan pada Rabu.

Sementara itu, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) UMPSA Advanced, Profesor Dr Hamdan Daniyal berkata, kursus yang ditawarkan itu bukan sahaja kepada pemain industri sahaja, tetapi juga kepada agensi-agensi kerajaan seperti polis, bomba dan warga industri tentang EV.

"Kalau boleh, kita mahu setiap agensi ada ilmu mengenai EV supaya mereka tahu cara tangani sekiranya berlaku masalah dengan kenderaan terbabit. Secara asasnya kenderaan EV ini selamat digunakan tetapi ilmu pengetahuan tentang perlu ada," jelasnya.

Salah seorang peserta hadir dalam seminar berkaitan EV, anjuran UMPSA Advanced, Dinesh, 44, menyifatkan kursus itu amat berkesan dalam memberikan pendedahan mendalam mengenai EV.

“Penerangan yang diberikan dalam seminar ini sangat jelas dan terperinci dan perkara ini memberi manfaat kepada peserta, termasuk diri saya sendiri, kerana dapat memahami aspek-aspek teknikal dan kelebihan EV dengan lebih baik,” ujarnya.