Scammer manfaat rasa takut si mangsa

Nur Asrul berkongsi pengalaman bersama orang ramai berhubung jenayah siber sempena Hari Integriti Edgenta 2024 di Menara UEM, Bangsar South, Kuala Lumpur pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / HISYAMUDDIN AYUB
Nur Asrul berkongsi pengalaman bersama orang ramai berhubung jenayah siber sempena Hari Integriti Edgenta 2024 di Menara UEM, Bangsar South, Kuala Lumpur pada Rabu. Foto SINAR HARIAN / HISYAMUDDIN AYUB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perasaan takut kerana diugut dan ditekan dengan pelbagai dakwaan menjadi punca utama mangsa penipuan dalam talian patuh dengan arahan diberikan oleh pihak scammer.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Hartanah Bukit Aman, Superintenden Nur Asrul Ariff berkata, perasaan takut melampau dengan ugutan menyebabkan mangsa tidak mampu berfikir dengan waras dan mengikut kesemua kehendak penipu.

Beliau berkata, kesempatan itu digunakan oleh scammer untuk menekan mangsa dengan pelbagai ugutan yang pada asasnya langsung tidak logik.

"Akibat sudah takut dan panik dengan ugutan, mangsa kebanyakannya tidak sempat untuk membuat semakan.

"Sememangnya pihak scammer akan membuat persiapan tersusun untuk menipu dan membuat kajian terlebih dahulu tentang mangsa terutama melibatkan penipuan Love Scam," katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian pada sesi perkongsian jenayah siber bersama masyarakat sempena Hari Integriti Edgenta 2024 di Menara UEM, Bangsar South, dekat sini.

Nur Asrul berkata, cara paling selamat untuk mengelak ditipu oleh scammer adalah jangan menyambut panggilan daripada mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Tambahnya, orang ramai juga diingatkan untuk tidak menjawab mana-mana panggilan daripada nombor telefon yang pelik.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kebanyakan nombor pelik termasuk panggilan dari luar negara adalah didalangi kumpulan scammer.

Tegas beliau, sebaiknya jangan angkat dan tidak melayan panggilan yang tidak diketahui siapa pemanggilnya.

"Saya hairan kenapa orang kita masih mahu menjawab panggilan daripada nombor yang pelik-pelik.

"Jika tidak ada urusan yang berkaitan dengan kita, putuskan talian tersebut sebelum terperangkap.