Murai pintar ajuk bunyi siren kecemasan

Burung murai itu dipercayai meniru bunyi siren kenderaan kecemasan berikutan kehadiran banyak kenderaan jenis itu yang dikerah bagi memadam kebakaran.
Burung murai itu dipercayai meniru bunyi siren kenderaan kecemasan berikutan kehadiran banyak kenderaan jenis itu yang dikerah bagi memadam kebakaran.
A
A
A

NEWCASTLE - Di sebalik siri kebakaran hutan yang terus melanda negeri New South Wales (NSW) di Australia, sebuah video memaparkan aksi seekor burung murai mengajuk bunyi siren kenderaan kecemasan kini tular.

Video itu mula dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Gregory Andrews yang menemui burung murai tersebut di kawasan bandar Newcastle baru-baru ini namun hanya menjadi tular selepas dikongsikan Briged Bomba Copacabana di laman Facebook pada Rabu lalu.

Burung murai itu dipercayai meniru bunyi siren kenderaan kecemasan berikutan kehadiran banyak kenderaan jenis itu yang dikerah bagi memadam kebakaran.

Meskipun ramai yang tertarik dengan kepandaian burung murai itu meniru bunyi siren terbabit namun beberapa pihak berpendapat ia merupakan situasi yang menyedihkan kerana menunjukkan bagaimana kebakaran hutan yang dahsyat itu turut memberi kesan kepada haiwan.

Suhu tinggi dan angin kencang menyebabkan lebih 200 kebakaran dilaporkan berlaku di seluruh tenggara NSW dan Victoria sekali gus mengancam kehidupan di beberapa bandar. - Agensi

Artikel Berkaitan: