UPKK Sirah ditukar kepada Rabu depan

Laporan Sinar Harian pada Rabu. Mohd Na'im (kanan).
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Mohd Na'im (kanan).
A
A
A
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi mata pelajaran dibuat pada Rabu depan atau 24 Januari ini.

Ia susulan rungutan daripada ibu bapa selepas Jakim menangguhkan ujian kertas Sirah yang sepatutnya berlangsung pada Rabu kepada Selasa depan.

"Semoga dengan keputusan ini dapat meredakan keluh kesah dalam kalangan ibu bapa serta calon-calon UPKK dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap ujian yang sedang berlangsung," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, penangguhan itu dibuat berikutan Jakim menerima laporan terdapat sebuah pusat peperiksaan UPKK telah secara tidak sengaja melanggar Prosedur

Operasi Standard (SOP) pengendalian kertas peperiksaan UPKK.
Artikel Berkaitan:


"Saya mendoakan agar semua calon UPKK mendapat kejayaan yang cemerlang," katanya lagi.

UPKK diadakan bermula Selasa serentak di seluruh negara bagi menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid Tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran.