Isi kotak kosmetik, guna kurier taktik baharu edar dadah

Wan Jamal Abdul Salam (dua,kiri) menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas.
Wan Jamal Abdul Salam (dua,kiri) menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas.
A
A
A

KOTA BHARU - Isi dadah dalam kotak kosmetik, guna khidmat kaurier merupakan taktik baharu yang digunakan untuk mengedar dadah di negeri ini.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, modus operandi itu terkongkar selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis penyedia perkhidmatan kurier baru-baru ini.

No Image Caption

"Hasilnya Kastam Kelantan berjaya menggagalkan dua kes menggunakan taktik tersebut. Siasatan awal kami, mereka menggunakan nama samaran ketika proses kurier dilakukan.

"Pengedar akan mengambil stok dadah yang diseludup melalui pangkalan haram di pesisir Sungai Golok sebelum di pos kepada pengguna," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.

Menurut beliau, kes pertama pada 4 Januari lalu, pada jam 10 pagi, hasil maklumat awam, Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kelantan telah membuat pemeriksaan ke atas dua bungkusan plastik berwarna putih di sebuah premis perkhidmatan kurier di Rantau Panjang.

Ujarnya, hasil pemeriksaan tersebut, pihaknya telah berjaya menggagalkan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan terbabit.

Isi dadah dalam kotak kosmetik, guna khidmat kaurier merupakan taktik baharu yang digunakan untuk mengedar dadah di negeri ini.
Isi dadah dalam kotak kosmetik, guna khidmat kaurier merupakan taktik baharu yang digunakan untuk mengedar dadah di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, sebanyak 1.49 kilogram (kg) ketulan mampat daun ganja dan 168 biji methamphetamine dirampas yang bernilai RM5,853.09.

Tambah beliau, berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada lebih 7,500 orang penagih dadah.

Dalam perkembangan sama, Wan Jamal Abdul Salam berkata, kes kedua ialah pada 10 Januari lalu jam 1 petang hasil maklumat awam, Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kelantan telah menggagalkan cubaan pengedaran 1.18 kg ketulan mampat daun ganja dan

202 biji methamphetamine di sebuah premis perkhidmatan kurier di Rantau Panjang.

"Nilai rampasan yang terlibat adalah berjumlah RM5,340.0 dan berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada lebih 6,000 orang penagih.

Dadah jenis dadah dimampatkan seakan belacan terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan kurier.
Dadah jenis dadah dimampatkan seakan belacan terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan kurier.

"Modus operandi adalah sama iaitu membawa masuk dagangan tersebut melalui pangkalan-pengkalan haram yang berada di persisir sungai dan menggunakan perkhidmatan kurier untuk dihantar kepada pelanggan mengikut tempahan," ujarnya.

Menurut beliau, kedua-dua kes tersebut sedang disiasat bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.