The Tujuh Residences mampu penuh impian kediaman sempurna anda

No Image Caption
A
A
A

Apabila anda membuat keputusan untuk membeli dan memiliki rumah sendiri, pastinya beberapa perkara penting yang menjadi pertimbangan anda. Pastinya harga, kemampuan untuk memenuhi komitmen ansuran bulanan, jenis kediaman yang memenuhi gaya hidup anda dan sebagainya.

Untuk tujuan itu, satu kaji selidik mengenai kriteria-kriteria penting dalam memilih kediaman yang bersesuaian mengikut kemampuan dan impian para pembeli telah dijalankan melalui platform Newswav Polls.

Seramai 5,000 responden terdiri daripada rakyat Malaysia baru-baru ini berkongsi pandangan mereka tentang perkara yang benar-benar penting apabila memilih rumah.

Jawapannya? Secara pratikal, sejumlah 32.28 peratus pembeli sedang mencari rumah yang bukan sahaja sepadan dengan kemampuan tetapi juga menjanjikan nilai jangka panjang. Ini menunjukkan para pembeli mahu memastikan harga rumah yang bakal dibeli itu membuatkan mereka mampu memenuhi komitmen ansuran bulanan dan tak membebankan aspek kewangan mereka.

Sementara itu, 31.24 peratus lagi jelas menginginkan rumah yang bukan hanya selesa dengan semua barangan moden tetapi juga mahukan kediaman yang selamat untuk keluarga. Manakala sebanyak 26.37 peratus lagi memilih kriteria yang dilengkapi dengan kemudahan, lokasi yang tidak jauh dari tempat kerja, sekolah dan pusat membeli-belah.

No Image Caption



Jadi, Jika impian anda dipenuhi berdasarkan mana-mana pilihan tersebut, pastinya anda bersedia untuk menikmatinya. The Tujuh Residences oleh MRCB Land sebenarnya memenuhi kesemua keinginan berkenaan dan merupakan kunci utama bagi memenuhi kediaman impian anda!

KDCC, Neo-Urban City By Design Lembah Klang

Artikel Berkaitan:

Neo-Urban Kwasa Damansara City Centre (KDCC) yang dibangunkan di atas tapak berkeluasan 2,257 ekar ialah pusat bandar yang mampan dan bersepadu di masa depan di mana suasana kehidupan, bekerja dan bersosial wujud bersama secara lancar serta harmoni antara manusia dan alam semula jadi. Ia adalah satu-satunya pusat bandar di seluruh perbandaran Kwasa Damansara di Sungai Buloh.

KDCC juga berbangga dengan inisiatifnya yang mampan di mana ia memastikan penggunaan optimum sumber alam semula jadi melalui penuaian air hujan dan sistem pengedaran yang kondusif. Proses mesra alam ini meluas ke semua bangunan di KDCC, seperti Tujuh Residences, di mana aspek pembinaannya mengikut standard proses bangunan mesra alam yang ketat dan penggunaan bahan untuk mengurangkan kos, pembaziran dan kesan terhadap alam sekitar.

No Image Caption

Infrastruktur dan kemudahan bertaraf dunia di Tujuh Residences

Tujuh Residences yang terletak di teras pelan induk berkenaan merupakan satu projek pembangunan kediaman pertama di KDCC, yang amat bersesuaian dan mampu memenuhi keinginan bagi pencari rumah pertama kerana ia berpatutan dan mempunyai kemudahan yang hebat.

Tujuh Residences, Kwasa Damansara City Centre Animation (Preview)

Kediaman impian itu juga dilengkapi dengan kemudahan terkini seperti kolam renang, kolam rendaman, dek yoga, kawasan BBQ, bilik permainan dan banyak lagi untuk mengekalkan gaya hidup aktif anda. Malah ia bakal memberikan vibes dan ruang mencukupi untuk anda meluangkan masa dan mencipta momen-momen indah bersama. keluarga serta rakan.

Bukan itu sahaja, Tujuh Residences yang berkedudukan dalam perbandaran yang dilengkapi kemudahan ICT, banyak mendapat manfaat daripada sudut jangkauan tertinggi dengan sistem keselamatan dan infrastruktur digital termaju yang mencorakkan kawasan pejabat di bandar ini.

No Image Caption

Kejiranan pintar ini dibuat khusus untuk gabungan kehidupan, bekerja dan masa lapang yang lancar. Penduduk menikmati kemudahan berada berdekatan dengan kawasan yang mempunyai infrastruktur jalur lebar dan wayarles yang komprehensif, menjadikannya hab yang ideal untuk mereka yang menghargai gaya hidup pintar dan terhubung.

Daripada kawasan Tujuh Residences, anda akan dapat menikmati ruang awam hijau yang luas - ini kerana 25 peratus daripada keseluruhan bandar dan infrastruktur komersial seluas satu juta kaki persegi di sekitar KDCC diliputi kehijauan alam.

Anda boleh menikmati keharmonian indah landskap dan bangunan yang tenang sambil bersiar-siar di laluan pejalan kaki yang luas atau berbasikal di laluan basikal pada waktu petang bersama orang tersayang anda.

Mudah ke MRT, sekolah, pusat beli-belah dan Lebuhraya DASH

Mengenai kebolehcapaian di KDCC, sistem ketersambungan berbilang lapisannya yang terancang dengan baik menjadikan kawasan kediaman ini begitu mudah untuk anda mengelilingi Lembah Klang atau Greater KL melalui 2 stesen MRT dan lebuh raya utama seperti Lebuhraya DASH.

Pelbagai institusi dan kemudahan akademik seperti HELP International School, SEGi University dan The British International School of Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan KDCC, menjadikannya amat mudah untuk pelajar berulang-alik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya.

No Image Caption

Bagi anda yang ada ‘hobi’ shopping atau makan, terdapat tiga pusat membeli belah yang dapat memenuhi minat anda itu; 1 Utama, Sunway Giza Mall dan The Curve boleh dikunjungi dalam masa kurang daripada 15 minit dari Tujuh Residences!

Malah dalam kawasan KDCC sendiri juga, bakal terdapat pusat beli-belah yang saling berkait, kawasan pejabat dan ruang komersial yang akan membawa lebih banyak pilihan masakan serta pengalaman membeli-belah pada masa hadapan.

Terdapat juga taman runcit untuk gaya hidup yang akan datang, dengan penyewa yang disahkan seperti Starbucks, Jaya Grocer dan KFC, akan dibuka pada 2025. Betapa mudahnya!

Empat Jenis Ruang Hidup Kontemporari

Untuk fasa pertama Tujuh Residences, terdapat empat susun atur berbeza dari 550 kaki persegi. kepada 909 kaki persegi dalam memenuhi dinamik keluarga dan gaya hidup yang berbeza.

Tujuh Residences’ Dual Key didatangkan dengan 2 Bilik Tidur + 2 Bilik Mandi dengan 1 Studio + 1 Bilik Mandi adalah pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mempunyai ruang kerja di rumah atau sentiasa mengharapkan ahli keluarga menginap sekali-sekala.Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai reka letak dan jenis rumah sila klik di sini.

No Image Caption

Tujuh Residences ialah ruang kediaman yang anggun dan kontemporari di mana ia menyatukan alam semula jadi serta bandar yang terbaik menjadi satu.

Ia sesuai untuk pasangan muda, pengantin baru, dan profesional muda yang mahukan kediaman yang tenang dengan segala kemudahan dan perbandaran lengkap.

Bayangkan memiliki ruang di kediaman yang membentuk hanya 13 peratus daripada keseluruhan pusat bandar. Ya, Tujuh Residences adalah satu daripada enam bangunan kediaman di KDCC.

Bayangkan tinggal di lokasi utama Pusat Bandar Kwasa Damansara (KDCC) dan nikmati yang terbaik daripada Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) unik di mana semua yang anda perlukan adalah dalam akses mudah!

No Image Caption

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tujuh Residences, layari laman web mereka di SINI.