LAP jalan kajian kenaikan tarif air

Laporan Sinar Harian (kiri), Saarani
Laporan Sinar Harian (kiri), Saarani
A
A
A

TAIPING - Lembaga Air Perak (LAP) belum membuat sebarang keputusan terhadap kadar kenaikan tarif air meskipun Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) akan menguatkuasakan pelarasan itu pada 1 Februari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, LAP masih menjalankan kajian terhadap pelarasan tarif air negeri ini dan tidak tertakluk kepada keputusan SPAN berkenaan.

"Tarif ini di bawah kuasa SPAN jadi saya percaya SPAN telah buat keputusan berasaskan kepada permintaan daripada beberapa negeri. Jadi apabila SPAN buat keputusan begitu, negeri Perak tertakluk kepada kajian yang dibuat LAP secara terperinci.

"Jika LAP hendak mengikut sepertimana dibenarkan oleh SPAN maka LAP perlu bawa cadangan itu dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah sebelum di bawa ke Mesyuarat Exco," katanya.

Beliau ditemui pada lawatan kerja beliau bersama Exco Kerajaan Negeri Perak ke Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Jajaran Seksyen 11 (Beruas-Taiping Selatan) di Changkat Jering di sini pada Rabu.

Saarani (tengah) pada lawatan kerja bersama Exco Kerajaan Negeri Perak ke Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Jajaran Seksyen 11 (Beruas-Taiping Selatan) di Changkat Jering di Taiping pada Rabu.
Saarani (tengah) pada lawatan kerja bersama Exco Kerajaan Negeri Perak ke Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Jajaran Seksyen 11 (Beruas-Taiping Selatan) di Changkat Jering di Taiping pada Rabu.

Saarani yang juga Pengerusi LAP berkata, Exco Kerajaan Negeri akan buat keputusan muktamad berhubung kenaikan tarif air ini.

"Perkara ini tidak tertakluk kepada 'kita mesti ikut' kerana kita bergantung kepada kajian terlebih dahulu untuk melihat kelebihan dan kekurangan.

Artikel Berkaitan:

"Kajian ini masih berjalan, ia tidak boleh terhenti setakat satu-satu waktu kerana mengambil kira bilangan pengguna yang bertambah, usia paip, meter dan sebagainya," katanya.

Sinar Harian melaporkan pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

SPAN dalam satu kenyataan memaklumkan, pelarasan itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Menurutnya, ia juga berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri namun Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Lembaga Air Perak (LAP), tarif air yang dikenakan kepada pengguna domestik di Perak ketika ini adalah RM0.30 bagi penggunaan sifar hingga 10 meter padu (m³); RM0.70 (11-20m³) dan RM1.03 (lebih 20m³).