'Bukan mumia makhluk asing'

Kedua-dua patung berpakaian tradisional kelihatan seperti mumia itu dihantar ke pejabat perkhidmatan DHL di lapangan terbang di Lima pada Oktober lalu. Foto Agensi
Kedua-dua patung berpakaian tradisional kelihatan seperti mumia itu dihantar ke pejabat perkhidmatan DHL di lapangan terbang di Lima pada Oktober lalu. Foto Agensi
A
A
A

LIMA - Sepasang 'mumia makhluk asing' misteri yang muncul di ibu kota Peru pada Oktober tahun lalu sebenarnya berasal dari bumi.

Dua spesimen itu digambarkan sebagai patung humanoid oleh pakar.

"Ia bukanlah makhluk luar angkasa. Patung itu diperbuat daripada tulang haiwan yang dilekatkan dengan gam sintetik moden. Ia hanyalah cerita rekaan," kata ahli arkeologi di Institut untuk Perubatan dan Sains Forensik di Lima, Flavio Estrada pada minggu lalu.

Kedua-dua patung berpakaian tradisional kelihatan seperti mumia itu dihantar ke pejabat perkhidmatan DHL di lapangan terbang di Lima.

Beberapa rangkaian media bagaimanapun mula membuat spekulasi tentang kewujudan makhluk asing.

Kira-kira sebulan sebelum itu, dua mumia yang juga disebut sebagai makhluk asing dipaparkan ketika sesi Kongres di Mexico turut mendapat liputan meluas.

Peminat objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO), Jaime Maussan mendakwa objek misteri itu berusia kira-kira 1,000 tahun dan ditemui di Peru pada 2017.

Beberapa pakar bagaimanapun mendedahkan ia sebenarnya mumia manusia purba yang dicantumkan dengan bahagian badan haiwan.

Artikel Berkaitan:

Ketika sidang media di Lima, pakar tidak mengaitkan penemuan patung itu dengan mumia yang dipaparkan di Mexico setelah ia juga disahkan sebagai makhluk bumi. - Agensi