Usaha Maszlee akan diteruskan

Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatan pada sidang media khas yang diadakan di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya semalam. -Foto Bernama
Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatan pada sidang media khas yang diadakan di Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya semalam. -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Awam tetap akan meneruskan usaha Dr Maszlee Malik dalam membangunkan mahasiswa di universiti-universiti awam Malaysia.

Menerusi satu kenyataan, sekretariat berkenaan berkata, pengunduran Maszlee merupakan satu kehilangan besar buat negara.

"Kami menjadi saksi, betapa sepanjang 20 bulan menjadi Menteri Pendidikan, beliau (Dr Maszlee) telah menunjukkan prestasi dan khidmat bakti yang tidak berbelah bahagi untuk memajukan mutu pendidikan negara terutama dalam usaha pemerkasaan mahasiswa.

"Penekanan dan sumbangan Maszlee Malik dalam memberi kebebasan mahasiswa, pembentukan Kesatuan Pelajar, bantuan mahasiswa B40, pengupayaan mahasiswa OKU, peningkatan kebolehpasaran graduan dan lain-lain dasar yang membina mahasiswa cukup bermakna buat negara dan rakyat Malaysia," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih semua. Jalan terus': Maszlee

Artikel Berkaitan: