Gaji DJ radio swasta lagi besar daripada PM, menteri?

Foto hiasan 123RF. Gambar kecil: Fauziah Nawi
Foto hiasan 123RF. Gambar kecil: Fauziah Nawi
A
A
A

KEBELAKANGAN ini, industri penyiaran radio dikejutkan dengan berita seorang penyampai radio terkenal, Tuah Zulkarnain atau lebih dikenali sebagai Tyzo tidak disambung kontrak.

Susulan itu, pelbagai spekulasi timbul terhadap penamatan kontrak itu antaranya, Tyzo meminta untuk dinaikkan gaji.

Spekulasi yang tersebar itu mulai menimbulkan persoalan tentang angka sebenar diterima oleh seorang penyampai radio.

Adakah sukar untuk stesen radio menaikkan gaji Tyzo memandangkan beliau telah dinobatkan sebagai Penyampai Radio Terbaik di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35?

Selepas beberapa hari tersebarnya berita penamatan kontrak disebabkan Tyzo meminta untuk dinaikkan gaji, pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi telah mendedahkan angka yang diterima oleh penyampai radio swasta boleh mencecah RM150,000.

Beliau turut berkongsi bahawa kebanyakan penyampai radio menerima bayaran sekitar RM5,000 sehingga RM40,000 dan mereka yang bekerja di stesen radio kerajaan menerima gaji paling rendah.

Pendedahan tersebut telah mendapat perhatian netizen sehinggakan mereka tidak berasa pelik dengan kehidupan mewah yang dipaparkan oleh kebanyakan penyampai radio swasta.

Disebalik kenyataan Fauziah Nawi juga, ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa gaji yang diterima oleh golongan berkenaan ternyata lebih besar dan lumayan berbanding Perdana Menteri dan menteri.

Artikel Berkaitan:

Rentetan itu, nama Khairy Jamaluddin turut dipetik apabila beliau menceburkan diri ke industri penyiaran radio setelah tidak lagi bergelar sebagai menteri atau wakil rakyat.

Melihat kepada sudut lain, pendedahan tersebut tidak langsung menyuntik semangat anak muda untuk menceburi kerjaya berkenaan.