Samun, rogol penuntut kolej: Dua anggota polis didakwa esok

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua anggota polis yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta akan didakwa di Mahkamah Ampang esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, proses pendakwaan tersebut dibuat selepas pihaknya menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

"Kedua-dua anggota polis itu akan didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan (KK) dan seorang daripada mereka akan turut dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Seksyen 377C KK, Seksyen 377CA KK dan Seksyen 376(1) KK.

"Kedua-dua anggota polis akan dituduh pada 2 petang esok, selain, kedua-dua mereka telah dikenakan tindakan ditahan kerja serta-merta," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau menegaskan tiada sesiapa akan dilindungi jika terlibat dengan jenayah dan setiap kes akan disiaat serta dibawa ke muka pengadilan.

Pada 11 Januari lepas, Bernama melaporkan dua anggota polis peronda di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di Selangor ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes samun dan merogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View, Kuala Lumpur. - Bernama

Artikel Berkaitan: