Anggota polis rogol, samun penuntut kolej disambung reman

Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel direman kes samun dan rogol penuntut kolej swasta.
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel direman kes samun dan rogol penuntut kolej swasta.
A
A
A

AMPANG JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon lanjutan reman ke atas dua anggota polis yang dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun penuntut kolej swasta di Ampang, dekat sini pada 9 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan sambung reman itu diperlukan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, tahanan reman ke atas kedua-dua suspek selama tujuh hari sebelum ini akan berakhir Rabu.

"Reman terhadap kedua-dua suspek akan tamat esok (Rabu) dan reman selanjutnya akan dipohon untuk disambung lagi bagi membolehkan siasatan lengkap dijalankan," katanya pada Selasa.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel ditahan kerja selepas disyaki melakukan jenayah samun dan merogol penuntut kolej swasta dalam satu kejadian di Bukit Ampang View, dekat sini.

Pihak polis menerima dua laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing.

Kedua-dua pelajar kolej swasta tersebut dipercayai menjadi mangsa anggota polis terlibat dalam kejadian jam 10.09 malam.

Artikel Berkaitan: