Syarikat Belanda lancar kereta terbang, mula beroperasi tahun ini

Kereta terbang dua kerusi yang diberi nama Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V) Liberty. -Foto Getty Image
Kereta terbang dua kerusi yang diberi nama Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V) Liberty. -Foto Getty Image
A
A
A

BELANDA - Walaupun belum kelihatan di langit namun impian untuk melihat kereta terbang di udara semakin menjadi kenyataan selepas sebuah syarikat di Belanda mengeluarkan kereta terbang komersial pertama di dunia.

Kereta terbang dua kerusi yang diberi nama Pioneer Personal Air Landing Vehicle (PAL-V) Liberty itu mempunyai dua enjin yang berbeza untuk digunakan di atas jalan raya dan udara.

Kenderaan itu memerlukan jarak 330 meter (meter) sebelum berlepas dan kawasan bebas halangan seluas 15 meter serta altitud operasi maksimum dalam 3,500m.

Penghantaran pertama kereta itu dijadualkan pada tahun ini.

Kenderaan yang lebih sesuai dipanggil girokopter itu berkuasa 230hp turut dan mampu terbang sehingga mencapai kelajuan maksimum 180km/j manakala boleh memecut sehingga 160km/j di jalan raya.

Suspensi miring dan berat maksimum kira-kira satu menjadikan kereta ini kelihatan seronok dipandu di laluan bengkang-bengkok.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PAL-V, Robert Dingemanse berkata, kunci pertama PAL-V Liberty akan diserahkan kepada pelanggan pertama syarikat itu sebaik sahaja sijil penuh diterima, lapor Dailymail yang memetik sumber.

Kenderaan tersebut yang lebih sesuai dipanggil girokopter itu berkuasa 230hp. -Foto Getty Image
Kenderaan tersebut yang lebih sesuai dipanggil girokopter itu berkuasa 230hp. -Foto Getty Image

Artikel Berkaitan:

"Selepas bekerja keras selama bertahun-tahun mengharungi masalah teknikal dan menghadapi pelbagai cabaran untuk mendapat kelayakan, pasukan kami berjaya mencipta kereta terbang yang lengkap dengan sistem keselamatannya dan diiktiraf oleh pihak yang bertanggungjawab di seluruh dunia.

"Walaupun konsep pengeluar kereta terbang lain memerlukan peraturan yang diubahsuai dan dalam kebanyakan kes belum mempunyai teknologi sedia ada, PAL-V sengaja memilih untuk membuat kejuruteraan, reka bentuk dan membina sebuah kereta terbang dengan teknologi yang telah terbukti dan mematuhi peraturan sedia ada," katanya.

Didatangkan dengan kemasan dalaman kulit penuh, PAL-V Liberty ditawarkan dalam dua varian, Liberty Pioneer (edisi terhad) dan Liberty Sport (standard) yang dijual pada harga RM2.5 juta.

Bagaimanapun, kereta terbang tersebut memperuntukkan pemandu mempunyai lesen kereta dan lesen juruterbang sebagai syarat untuk mengendalikan kenderaan itu.