Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6670/6745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6455/6500 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar hiasan
Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6670/6745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6455/6500 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini meneruskan aliran menurun pada minggu lepas susulan kekurangan pemangkin baharu.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.6670/6745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6455/6500 pada Jumaat minggu lepas.

Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit berbanding dolar AS turun melepasi paras rintangan segera pada RM4.6611 dan ketika ini berlegar pada RM4.6685 berbanding dolar AS.

"Ringgit nampaknya mengalami pembetulan teknikal memandangkan ia meningkat agak tinggi pada awal Januari.

"Indeks Dolar AS (DXY) juga meraih momentum, meningkat sebanyak 0.07 peratus kepada 102.478 mata hari ini,” kata Mohd Afzanizam.

Sementara itu, katanya, pelabur pasaran asing kini menumpukan kepada pengumuman angka keluaran dalam negara kasar suku keempat 2023 China pada Rabu, bersama-sama dengan indeks harga pengguna (IHP) United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU).

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 5.1076/1158 daripada paras penutup 5.0924/0973 pada Jumaat, susut berbanding pound Britain kepada 5.9388/9483 daripada 5.9239/9297 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.2029/2085 daripada 3.2007/2040 sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang negara-negara Asean lain.

Unit tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4982/5041 daripada paras penutup 3.4900/4936 dan susut berbanding baht Thai kepada 13.3518/3802 daripada 13.2464/2664.

Ringgi juga turun berbanding peso Filipina kepada 8.36/8.38 daripada 8.30/8.32 dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 299.9/300.6 daripada 298.6/299.1. - Bernama