Penyokong Harimau Malaya mula ‘berkomplot’ di Qatar 2023

Aura penyokong-penyokong Malaysia bergema di Souq Waqif. Foto Malaysian Association of Qatar (MAQ)
Aura penyokong-penyokong Malaysia bergema di Souq Waqif. Foto Malaysian Association of Qatar (MAQ)
A
A
A

PENYOKONG setia pasukan bola sepak negara mula ‘berkomplot’ di Doha bagi menyuntik semangat pemain Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Asia 2023.

Lebih menarik paluan kompang antara instrumen yang akan membarakan semangat pemain-pemain negara di temasya berprestij bola sepak Asia tersebut.

Ini terbukti apabila kumpulan kompang dikenali Kelab Kompang Qatar terdiri daripada rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Qatar memeriahkan 'Fans Get Together’ anjuran Persatuan Malaysia Qatar (MAQ) di Souq Waqif.

Menurut Presiden MAQ, Maizatul Lina Mustapa, pihaknya akan meneruskan penganjuran acara sedemikian sebelum aksi Kumpulan E membabitkan Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon itu.

“MQA ingin ucapkan selamat maju jaya kepada Harimau Malaya. Anda pasti boleh. Doa kami sentiasa bersama Harimau Malaya. Demi Malaysia. Kepada pemain, buat sehabis baik. 'Aim High, The roaring Tigers' Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!,” katanya.

Dalam pada itu, Maizatul Lina yang telah 17 tahun menetap di Qatar terharu dengan kerjasama semua dalam menterjemahkan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

“Tercetusnya idea program ini, ketika saya berada di Souq Waqif sehari sebelum, dan secara kebetulan terjumpa dengan kawan-kawan dari Malaysia. Pada masa sama media Malaysia yang berada di situ meminta kami bergambar dengan mafla.

“Maka ketika itu tercetus lah idea untuk mengumpulkan warga Malaysia dengan kerjasama Kelab Kompang Qatar. Alhamdulillah, saya boleh katakan MAQ berjaya mengumpulkan warga Malaysia di sini kurang dari 24 jam,” katanya.

Artikel Berkaitan: