Dr Maszlee seorang kuat semangat, kata Nie Ching

Teo Nie Ching menyifatkan Dr Maszlee Malik seorang yang kuat semangat. -Foto Facebook Teo Nie Ching
Teo Nie Ching menyifatkan Dr Maszlee Malik seorang yang kuat semangat. -Foto Facebook Teo Nie Ching
A
A
A

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menyifatkan Dr Maszlee Malik sebagai seorang yang kuat semangat dan tidak pernah mengenal erti lelah.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Simpang Renggam itu atas tunjuk ajar kepada beliau sepanjang menjadi Menteri Pendidikan.

“Banyak yang telah saya pelajari dari YB Dr Maszlee, seorang yang kuat semangat dan tidak kenal erti lelah.

“Mengemudi satu kementerian yang besar, bukanlah tugas mudah. Pelbagai perubahan positif telah beliau bawa demi menambah baik sistem pendidikan negara di peringkat pendidikan asas mahupun pendidikan tinggi," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu, Nie Ching turut memuat naik sekeping gambar bersama Maszlee.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih semua. Jalan terus': Maszlee

Nie Ching turut menitipkan kata-kata sasterawan ternama Indonesia, Allahyarham Profesor Abdul Malik Abdul Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka.

“Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Jangan takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.”

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih YB Dr. Maszlee Malik. May the force be with you!,” katanya.