Pengunduran Maszlee akibat tekanan luar

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

MARANG - Tekanan daripada pihak luar terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi punca membawa kepada pengunduran Dr Maszlee Malik daripada jawatan Menteri Pendidikan, dakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, ia merupakan masalah dalaman Pakatan Harapan (PH) dan beliau yakin Dr Mahathir selaku pengerusinya mampu untuk menyelesaikannya.

"Kita tak tahu sama ada kekecohan itu untuk mengalih 'perabot' sahaja atau krisis 'rumah tangga'. Tapi jika dilihat dari jauh, peranan ekstrem DAP dan badan bukan kerajaan (NGO) di bawahnya sangat ketara ingin menguasai kerajaan, khususnya melalui Kementerian Pendidikan.

"Ia dapat dilihat melalui isu jawi dan isu yang menumpukan kepada perkauman dan menyentuh orang Islam. Itu sangat ketara yang boleh kita lihat dari luar dan ia menjadi tekanan kepada Perdana Menteri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pengganti Maszlee mestilah seseorang yang boleh melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan dan dapat memperkasakannya mengikut Perlembagaan negara.

"Di Malaysia sudah agak bertoleransi. Macam di negara-negara lain, sekolah vernakular tidak dibenarkan. Sepatutnya kita mengizinkan penggunaan bahasa lain tetapi dasar pendidikan mesti mengikut Perlembagaan negara," katanya yang menyerahkan kepada Dr Mahathir untuk menentukan siapa pengganti Maszlee.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Terima kasih semua. Jalan terus': Maszlee

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Laporan Audit Negara baru-baru ini yang mendedahkan tiada rekod tarikh keluar pelancong China dan India yang masuk ke negara ini, beliau berkata, ia juga dilihat menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Artikel Berkaitan:

"Ini perlu disiasat dengan teliti dan memerlukan tindakan berani oleh kerajaan. Ia berkait dengan ancaman kepada keselamatan negara.

"Orang Cina dan India adalah pendatang yang diberi kerakyatan mengikut syarat tertentu, kini dia nak angkut pula bawa masuk warga China dan India yang lain masuk ke negara ini. Itu adalah satu agenda lain yang berniat jahat dan ini perlukan tindakan berani kerajaan," katanya.