Kesedaran perangi rasuah masih rendah - ABIM

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesedaran dan usaha memerangi jenayah rasuah dalam kalangan rakyat di negara ini masih rendah meskipun tindakan tegas dan hukuman berat dikenakan terhadap pesalah.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, penerapan elemen integriti dan tanggungjawab perlu terus dilakukan bagi memastikan masyarakat berasa jijik dengan amalan negatif itu.

Menurutnya, semua pihak perlu peka dan prihatin dengan masa depan negara, khususnya golongan belia.

"Kerajaan sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang drastik supaya masalah ini dapat ditangani segera dengan kerjasama ibu bapa dan pihak institusi-institusi pendidikan.

“Perkongsian mengenai hukuman daripada pihak berkuasa juga usaha yang terbaik untuk memastikan orang ramai membenci rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut Zairudin berkata, inisiatif untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang keburukan rasuah perlu dilaksanakan dengan lebih agresif dan kreatif.

“Penguatkuasaan dan tindakan tegas tanpa mengira latar belakang pesalah pasti akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Artikel Berkaitan: