Cakaran di pokok pisang kekal misteri

Laporan Sinar Harian. Yusoff (kanan).
Laporan Sinar Harian. Yusoff (kanan).
A
A
A

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak tidak menemui sebarang kesan kehadiran haiwan liar yang dilaporkan merosakkan tanaman penduduk di empat kampung di Bagan Datuk bulan lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, tiada kesan atau kelibat binatang buas diperolehi menerusi pemasangan perangkap kamera.

"Malah, tiada jejak baru diperolehi melainkan kesan awal tapak yang kami syaki adalah anjing. Kita juga tidak menerima aduan serangan baru," katanya di sini pada Ahad.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk tidak mengambil tindakan sendiri dan segera melaporkan kepada Perhilitan sekiranya ternampak hidupan liar.

Sinar Harian melaporkan penemuan kesan cakaran haiwan pada puluhan tanaman pisang yang ditanam sekitar Kampung Sungai Lanchang, Kampung Sungai Nipah Darat, Kampung Pasang Api dan Kampung Sungai Balai Darat itu mencetuskan kebimbangan kepada penduduk.

Kesan itu disedari pada awal Disember 2023 dan penduduk mendakwa ia seperti gangguan beruang matahari berdasarkan kerosakan pada bahagian tengah pokok pisang.

Artikel Berkaitan: