Kebakaran rumah Koo Ham: Siasatan kekal Seksyen 435 Kanun Keseksaan

Anggota Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran sebuah kereta Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Manjung, Rabu lalu.
Anggota Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menyiasat punca kebakaran sebuah kereta Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Manjung, Rabu lalu.
A
A
A

IPOH - Siasatan terhadap lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam dalam kebakaran kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Manjung, Rabu lalu, dilakukan mengikut kesalahan melakukan khianat dengan api.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan terhadap suspek yang dianggarkan berusia 30-an itu dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Mohd Yusri
Mohd Yusri

"Siasatan masih di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Beliau mengulas mengenai saranan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang mahu polis menyiasat serangan rumah Penasihat DAP Perak itu sebagai kes cubaan membunuh iaitu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Ramkarpal dalam satu kenyataan berkata, polis harus mempertimbangkan aspek pelaku memilih untuk menyerang ketika mangsa sedang tidur.

Suspek yang disahkan bukan ahli politik itu telah ditahan polis sekitar jam 4 pagi di Shah Alam, Selangor pada Jumaat dan direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kebakaran berlaku akibat perbuatan khianat susulan penemuan bahan letupan dipercayai 'molotov cocktail' yang menjadi punca kebakaran berlaku.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, pemimpin DAP tersebut bersama ahli keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kebakaran hanya melibatkan kemusnahan sebuah kereta Mercedes Benz E300 dan kesan kepanasan kepada dua kenderaan lain iaitu jenis Honda CRV dan Toyota Hilux.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!