Mahu cipta lagu untuk Siti Nurhaliza... tapi Siti mahu atau tidak?

Punyai niat untuk menciptakan lagu untuk pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, namun sebagai pencipta lagu Mahalini penasaran adakah Siti mahu hasil karyanya.
Punyai niat untuk menciptakan lagu untuk pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, namun sebagai pencipta lagu Mahalini penasaran adakah Siti mahu hasil karyanya.
A
A
A

KUALA LUMPUR: “Datuk Seri Siti Nurhaliza tentunya”.

Itu jawapan mudah yang diberikan bintang Indonesia, Mahalini ditanya siapa artis Malaysia yang diminatinya.

Bagaikan mencipta aura, bagi Mahalini nama Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin itu satu fenomena di Indonesia.

Punyai niat untuk menciptakan lagu untuk pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, namun sebagai pencipta lagu dia penasaran adakah Siti mahu hasil karyanya.

“Namanya sangat fenomena di Indonesia, sentiasa kedengaran di sana sini, masa saya sebelum menjadi Mahalini, saya seperti siapa itu...

“Kemunculan saya di televisyen juga saya pernah mendendangkan lagunya... kalau nak tulis lagu, alamak pressure," katanya.

“Boleh saya ciptakan, tapi datuknya mahu ke tidak lagu saya,” ujarnya ketika ditemui semasa sidang media Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur pada Sabtu.

Untuk rekod,antara pencipta lagu dari Indonesia yang pernah bekerjasama dengan Siti adalah Melly Goeslow Ade Govinda dan Andi Rianto menerusi lagu Menjaga Cintamu.

Artikel Berkaitan:

Mahalini atau Mahlini Ayu Raharja, 23, bakal mendendangkan lebih kurang 17 buah lagu dan turut mengundang penyanyi dan juga tunangnya, Rizky Febian untuk bersama-sama menyerikan konsert itu nanti.

Mahu sedikit kelainan dari segi kolaborasi dua negara, penyanyi asal Bali, Indonesia ini mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memilih Rizky untuk menjadi penyanyi undangan dan bukannya artis dari Malaysia.

“Ya saya memang memilih Rizky kerana kami ada lagu bersama dan banyak peminat di Malaysia yang mahu lihat kami bergabung di pentas.

“Lagi pula saya mahu lakukan sedikit kelainan kerana selalunya kita akan bergabung bersama vokalis dua negara cuma kali ini pemuzik-pemuzik okestranya saya pilih dari Malaysia untuk mengiringi konsert saya pada malam itu jadi gabungan itu sudah mencipta satu kelainan,” tambahnya.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny tiket konsert sudah mencapai lebih 80 peratus jualan sejak ia dibuka untuk jualan.

"Tiket sudah mencapai 80 peratus jualan sejak kita mula buka untuk jualan dan berharap akan habis dijual sebelum menuju ke konsert nanti," ujarnya.

Peminat masih boleh mendapatkan tiket menerusi www.ticket2u.com.my/mahalini Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur akan berlangsung pada 3 Febuari 2024 di Megastar Arena Kuala Lumpur. - Awani