X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu lori tersepit rempuh bas persiaran

Anggota bomba bertungkus-lumus ketika cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan berkenaan.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki cedera parah selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah bas persiaran dalam kejadian di Jalan Titiwangsa 1, Tampoi Indah di sini awal pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Pegawai Bomba Kanan II, Hazrul Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.28 pagi.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kemalangan berlaku mengakibatkan pemandu lori berusia 42 tahun itu tersepit dalam kenderaannya.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa daripada kenderaan jenis lori muatan sejuk beku itu.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki sebelah kanan kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan menaiki ambulans.

"Bagaimanapun kesemua penumpang termasuk pemandu bas persiaran itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hazrul berkata, berdasarkan makluman pihaknya mendapati kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan menghala ke Skudai dari arah bandar raya Johor Bahru.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori telah terlanggar belakang bas persiaran berkenaan yang ketika itu berhenti mahu mengambil penumpang,” katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!