Dr Maszlee seorang yang gigih

Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada sidang media khas yang diadakan di Lobi Blok E8 Kompleks E Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya semalam. -Foto Bernama
Dr Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan pada sidang media khas yang diadakan di Lobi Blok E8 Kompleks E Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya semalam. -Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Dr Maszlee Malik ialah seorang yang gigih dan amat prihatin mengenai sekolah dan murid, kata Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, See Chee How.

Katanya, dalam tempoh setahun menjadi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee telah berusaha sekurang-kurangnya tiga kali melawat bagi melihat keadaan sekolah yang usang di Sarawak.

“Beliau amat prihatin hingga meminta kami menyediakan senarai sekolah berkenaan untuk diberi keutamaan, pergi dan melawatnya.

“Beliau telah melakukan yang terbaik. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, akan terdapat orang yang tidak berpuas hati dengan apa jua. Apa pun, saya mendoakan beliau yang terbaik pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita semasa program ‘Back to School 2020’ di Sekolah St. Andrew di sini hari ini.

Seramai 40 murid dari keluarga B40 menerima barang keperluan sekolah pada majlis itu.

Semalam, Dr Maszlee menarik perhatian umum dengan pengumuman peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa hari ini. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya pulangkan jawatan ini kepada Perdana Menteri..'

Artikel Berkaitan: