Mayat pemancing tersangkut pada pukat

Mangsa yang terjatuh ditemukan tersangkut pada pukat jam 8.45 pagi tadi. - Foto ihsan bomba
Mangsa yang terjatuh ditemukan tersangkut pada pukat jam 8.45 pagi tadi. - Foto ihsan bomba
A
A
A

SUNGAI PETANI - Mangsa lemas ketika memancing di Kampung Kemumbung, Sidam Kiri ditemukan tersangkut pada pukat kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

Muhammad Khairul Rosli, 29, dari Kampung Serukam yang terjatuh petang Rabu lalu ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat hari ini kira-kira jam 8.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat ditemukan penduduk kampung yang turun ke sungai untuk memeriksa pukat miliknya.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati lemas," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam gambar sebelum jatuh sungai

Rabu lalu, mangsa bersama rakan, Mohd Rohisham Rosli, 40, dan Mohd Faiz Sabari, 26, tiba di Kampung Kemumbung untuk memancing kira-kira jam 5 petang di perairan Sungai Muda.

Mangsa ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat di Kampung Kemumbung Sidam Kiri. - Foto ihsan bomba
Mangsa ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat di Kampung Kemumbung Sidam Kiri. - Foto ihsan bomba

Bagaimanapun, kira-kira jam 6.30 petang, mangsa dikatakan tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika mahu turun meneruskan aktiviti selepas berjaya mendapat seekor ikan sebarau.

Mangsa juga sempat merakamkan gambar bersama ikan hasil tangakapannya sebelum terjatuh.

Artikel Berkaitan: