Rakyat Malaysia di Yemen selamat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Kedutaan Besar Malaysia di Muscat mengesahkan semua rakyat Malaysia yang menetap di Yemen berada dalam keadaan selamat dan jauh daripada kawasan konflik.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, rakyat Malaysia yang kebanyakannya pelajar digesa supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa oleh pihak berkuasa tempatan.

"Memandangkan situasi keselamatan di Yemen masih tidak stabil, Kementerian Luar Negeri menasihatkan semua rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting di Yemen.

"Kami sedang memantau dengan teliti perkembangan terkini di Yemen," katanya pada Jumaat.

Pada Khamis, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan udara yang menyasarkan kawasan-kawasan kawalan Houthi di Yemen.

Untuk sebarang bantuan, boleh hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Muscat di talian (968) 2469 8329 dan (968) 7159 2388 atau email kepada mwmuscat@kln.gov.my.

Artikel Berkaitan: