Kementerian Luar sahkan seorang rakyat Malaysia ditahan di Norway

Laporan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm mengesahkan seorang lelaki dipercayai warganegara Malaysia ditahan di Norway kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.

Menerusi kenyataan KLN memaklumkan, pihak kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.

"Kementerian akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan," kata KLN pada Selasa.

Terdahulu memetik The Nordic Page, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan Jumaat lalu selepas dipercayai terlibat dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk penyadapan wayar (wiretapping).

Suspek ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway – PST yang bertanggungjawab mencegah aktiviti pengintipan di negara itu.

Suspek turut menafikan dakwaan itu dan difahamkan perbuatannya dilaporkan tiada kaitan dengan Malaysia.

Artikel Berkaitan: