Kemalangan tular di Pelangi Semenyih 2, polis belum terima laporan

Mohd Zaid (gambar kecil) menasihatkan individu yang terlibat dengan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Pelangi Semenyih 2, agar tampil membuat laporan.
Mohd Zaid (gambar kecil) menasihatkan individu yang terlibat dengan kemalangan melibatkan tiga kenderaan di persimpangan lampu isyarat Pelangi Semenyih 2, agar tampil membuat laporan.
A
A
A

KAJANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima sebarang laporan berhubung kemalangan tular melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Pelangi Semenyih 2, dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya mengesan satu rakaman tular berdurasi 39 saat yang menunjukkan berlaku kekecohan di lokasi kemalangan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku jam 12.15 tengah hari.

"Kejadian dipercayai berpunca daripada kenderaan jenis Proton Saga yang mengalami kegagalan brek sebelum melanggar sebuah bas sekolah dan sebuah lagi kereta jenis BMW.

"Akibat daripada kemalangan itu juga menyebabkan seorang pelajar sekolah mengalami kecederaan ringan, selain kerosakan pada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.

"Setakat ini pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang tidak menerima sebarang laporan polis berhubung insiden kekecohan yang telah tular tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kes kemalangan itu disiasat di bawah Rule 17 167/59.

Beliau juga menasihatkan individu yang terlibat untuk membuat laporan polis, manakala orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menyebabkan berlaku kesalahan jenayah seperti memukul.

Artikel Berkaitan:

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi balai polis yang berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Narol di talian 0195897115 bagi membantu siasatan," ujarnya.