Kes dipukul kerana enggan ponteng sekolah dirujuk ke Timbalan Pendakwaraya

Laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Ahmad Sukarno
Laporan Sinar Harian pada Sabtu lalu. Gambar kecil: Ahmad Sukarno
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan berhubung pelajar cedera dipukul kerana enggan ponteng sekolah sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwaraya (TPR).

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya masih menunggu arahan untuk tindakan yang seterusnya daripada TPR.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada TPR. Masih menunggu arahan seterusnya," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun cedera dipukul gara-gara enggan ponteng sekolah di jalan Prima Pelangi, Segambut Dalam, dekat sini Jumaat lalu.

Suspek yang berusia 15 tahun memukul mangsa menggunakan topi keledar di bahagian muka dan dada.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: