Kilang NEV di Chembong cetus gelombang baharu industri EV

Aminuddin (tiga dari kanan) ketika melihat kenderaan EV.
Aminuddin (tiga dari kanan) ketika melihat kenderaan EV.
A
A
A

KILANG pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) di kawasan perindustrian Chembong di Rembau bakal mewujudkan satu gelombang ekosistem baharu di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau yakin ia dapat menarik lebih banyak jenama kenderaan EV atau komersial yang berhasrat untuk melakukan pemasangan tempatan (CKD).

Aminuddin (kanan) ketika mendengar taklimat mengenai kilang NEV.
Aminuddin (kanan) ketika mendengar taklimat mengenai kilang NEV.

Menurutnya, impaknya adalah penjanaan ekonomi Negeri Sembilan secara mampan dapat dilaksanakan seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan dalam bidang kemahiran.

"Saya amat berbangga dengan pelaburan pihak NexV bernilai RM840 juta (secara berfasa) yang telah memilih Negeri Sembilan khususnya di kawasan Industri Chembong dekat sini.

"Selain itu, saya difahamkan bahawa melalui pembinaan kilang ini, 600 peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada rakyat di negeri ini," katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Automatif Pemasangan Kenderaan EV Careplus di Rembau pada Jumaat.

Pembinaan kilang berkeluasan 29.68 hektar (73.34 ekar) itu merupakan usaha sama Careplus dengan pihak GoAuto menerusi Syarikat Joint Venture (JV), NexV Manufacturing Sdn Bhd akan dibina secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2028.

Fasa pertama projek ini akan melibatkan pembangunan Assembly Plant yang dijangka dimulakan pada suku pertama tahun ini,manakala fasa kedua dan ketiga akan bermula masing-masing pada tahun 2026 dan 2028.

Artikel Berkaitan:

Aminuddin (enam dari kiri) ketika melakukan simbolik pecah tanah pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Automatif Pemasangan Kenderaan EV Careplus di Rembau pada Jumaat.
Aminuddin (enam dari kiri) ketika melakukan simbolik pecah tanah pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Automatif Pemasangan Kenderaan EV Careplus di Rembau pada Jumaat.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan dasar yang terbuka dalam mengalu-alukan kemasukan para pelabur terutamanya pemain industri yang berteknologi tinggi.

"Kedudukan negeri ini yang amat strategik iaitu berada di 'Central Region of Peninsular Malaysia' dan berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur, KLIA dan Pelabuhan Klang menjadikan ia sebagai sebuah destinasi pilihan para pelabur," katanya.