1,300 sukarelawan 'berkampung' bantu mangsa banjir di Johor

Poster misi bantuan banjir berkenaan.
Poster misi bantuan banjir berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 1,300 sukarelawan dari kesemua Bahagian UMNO di negeri Johor akan digerakkan bagi menjayakan misi bantuan pascabanjir pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros, misi bantuan ini akan memberi fokus kepada kerja-kerja pembersihan serta lain-lain bentuk bantuan sukarelawan berkaitan pascabanjir.

“Beberapa kawasan parlimen di negeri ini teruk dilanda musibah banjir kali ini seperti di Kluang, Kota Tinggi, Tenggara dan Tebrau.

Noor Azleen
Noor Azleen

“Misi bantuan kali ini digerakkan dengan matlamat bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan harian seperti sedia kala.

“Sukarelawan-sukarelawan melibatkan jentera Pemuda UMNO dari setiap Bahagian akan mula digerakkan pada Sabtu dan Ahad ini dan difahamkan, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Muhamad Akmal Saleh, akan turut serta pada Ahad, 14 Januari 2024,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu Noor Azleen berkata, Pemuda UMNO Johor turut membantu mengedarkan barang-barang keperluan asas seperti pakaian, bantal, tilam, selimut bakul makanan dan kit kebersihan.

Katanya, kesemua barangan berkenaan diterima daripada pelbagai pihak bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Artikel Berkaitan:

“Antara pihak tersebut termasuklah Kementerian Pertahanan, badan bukan kerajaan (NGO), dan sumbangan daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi awam (IPTA),” katanya.