Tunku Mahkota Johor terima menghadap Anwar

Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Anwar hari ini. Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Anwar hari ini. Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU -Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini sempena lawatan Perdana Menteri itu ke negeri itu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Tunku Ismail dengan beberapa gambar pertemuan tersebut, turut dikongsi di platform media sosial itu.

Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Anwar hari ini. Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor
Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Anwar hari ini. Foto Facebook HRH Crown Prince of Johor

Terdahulu pagi tadi, Perdana Menteri telah bertemu rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong di tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link), sebagai simbolik komitmen kedua-dua negara terhadap projek berkenaan yang kini sudah mencapai 68 peratus.

Selain RTS, Anwar dan Hsien Loong turut menyaksikan majlis menandatangani pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong di sebuah hotel di sini.

Anwar turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di pelabuhan tersebut di Iskandar Puteri. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!