KKM, pempengaruh kerjasama tingkat budaya hidup sihat di TikTok

Bertemakan ‘Tingkatkan Imuniti Badan’, KKM bekerjasama dengan lima pempengaruh bagi menjayakan cabaran yang berlangsung selama tiga bulan.
Bertemakan ‘Tingkatkan Imuniti Badan’, KKM bekerjasama dengan lima pempengaruh bagi menjayakan cabaran yang berlangsung selama tiga bulan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan program 'ANMS Immunity Challenges' melalui platform media sosial, TikTok sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai budaya hidup sihat,

Bertemakan ‘Tingkatkan Imuniti Badan’, kementerian itu bekerjasama dengan lima pempengaruh media sosial bagi menjayakan cabaran yang berlangsung selama tiga bulan bermula 31 Disember lalu hingga 2 Mac depan.

Cabaran berkonsepkan interaktif itu bukan sahaja menyebarkan maklumat mengenai budaya hidup sihat, malah turut menguji kreativiti peserta melalui penghasilan video kreatif.

Antara pempengaruh media sosial TikTok yang terlibat ialah Yazmin Aziz (@yazminaziz), Jayden Chong (@jaydenczx), Thiyagu B (@thiyagu_b), Mr Shaque (@mistashaque) dan Nurhayati Tahir (@nurhayatitahirr_).

Sepanjang tiga bulan kempen berlangsung, peserta boleh memilih lima cabaran yang dipertandingkan iaitu ANMS Immunity Video Challenge, ANMS Immunity Mental Menti Challenge, ANMS Immunity Jingle Challenge, ANMS Immunity Terpaling Healing atau ANMS Immunity Dance Challenge.

Cabaran yang dianjurkan di bawah inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh ikuti TikTok rasmi MyHealthKKM di @MyHealthKKM atau layari laman sesawang https://www.infosihat.gov.my/.

Artikel Berkaitan: