Abot, Rambai bantu pindah gajah jantan liar

Dua gajah betina yang diberi nama Abot dan Rambai membantu memindahkan seekor gajah jantan liar yang berjaya ditangkap di Pedu, Padang Terap pada Selasa.
Dua gajah betina yang diberi nama Abot dan Rambai membantu memindahkan seekor gajah jantan liar yang berjaya ditangkap di Pedu, Padang Terap pada Selasa.
A
A
A

PADANG TERAP - Dua ekor gajah betina yang diberi nama Abot dan Rambai telah digunakan bagi membantu memindahkan seekor gajah jantan liar yang berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah di Pedu.

Dua gajah betina tersebut telah dibawa daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar berkata, Balai Polis Kampong Tanjung, di sini menerima laporan daripada Perhilitan Daerah Sik/Padang Terap yang mengatakan terdapat gangguan gajah liar dalam kawasan Kampung Leikong, Pedu.

Menurutnya, Kampung tersebut terletak di dalam sebuah kawasan ladang dan Perhilitan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dengan menangkap gajah liar tersebut.

“Dua ekor gajah betina yang diberi nama Abot dan Rambai telah dibawa daripada Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang bagi urusan pemindahan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalul Nasir Ibrahim berkata, gajah tersebut ditahan pada petang Selasa.

Balai Bomba dan Penyelamat Sik turut dipanggil untuk membantu menyembur air terhadap empat gajah berkenaan bagi mengelak daripada dehidrasi akibat cuaca panas.
Balai Bomba dan Penyelamat Sik turut dipanggil untuk membantu menyembur air terhadap empat gajah berkenaan bagi mengelak daripada dehidrasi akibat cuaca panas.

Menurutnya, pihaknya juga turut berjaya menahan seekor lagi gajah liar jantan di Belantik, Sik pada Ahad susulan aduan dan kebimbangan orang awam atas faktor keselamatan berhubung kehadiran gajah berhampiran kawasan kampung mereka.

Artikel Berkaitan:

"Dua ekor gajah ini akan dilepaskan ke dalam hutan simpan di negeri ini untuk kembali ke habitat asalnya.

"Kami percaya percaya gajah ini datang dari kawasan Ulu Muda dan Pedu, kumpulannya dianggarkan mempunyai populasi di kawasan hutan terbabit. Gajah ini keluar dari hutan dipercayai kelaparan dan mencari sumber makanan," katanya.

Jelasnya, dua ekor gajah liar jantan tersebut kemudian dilepaskan ke kawasan hutan yang lebih luas dan selesa pada Rabu.

Dalam pada itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik turut dipanggil untuk membantu menyembur air terhadap empat gajah berkenaan bagi mengelak daripada dehidrasi akibat cuaca panas.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, khidmat khas menyembur air itu dilakukan terhadap kesemua gajah berkenaan sebelum dua gajah liar itu dipindahkan ke hutan simpan oleh pegawai Perhilitan Sik.