Agrobank buka CDC pertama di Malaysia

Mohamad (depan) membuat transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Pusat Pembangunan Komuniti atau Community Development Centre (CDC) Agrobank di RTC Tunjung, Kota Bharu pada Selasa.
Mohamad (depan) membuat transaksi di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Pusat Pembangunan Komuniti atau Community Development Centre (CDC) Agrobank di RTC Tunjung, Kota Bharu pada Selasa.
A
A
A
KOTA BHARU - Agrobank memperkenalkan Pusat Pembangunan Komuniti (CDC) yang pertama di Malaysia berteraskan pembangunan masyarakat luar bandar.

Pembukaan pusat berkenaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjung itu berfungsi sebagai hab inovasi pertanian, pendidikan dan penglibatan komuniti setempat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, waktu operasi CDC di lokasi itu di luar daripada pengoperasian biasa bank berkenaan.

"Agrobank membuka operasi di CDC seawal jam 7 pagi dan tutup pada jam 4 petang bagi memudahkan pemborong dan peruncit mendapatkan perkhidmatan perbankan daripada pakar kewangan kami," katanya.

Mohamad menandatangani plak perasmian premis Pusat Pembangunan Komuniti Agrobank di RTC Tunjung.
Mohamad menandatangani plak perasmian premis Pusat Pembangunan Komuniti Agrobank di RTC Tunjung.



"Inisiatif ini selaras dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan rakyat terutamanya kumpulan tumpuan mendapat maklumat bertujuan pembangunan kendiri serta akses yang pantas dan mudah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Pusat Pembangunan Komuniti di RTC Tunjung, di sini pada Selasa yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Manfaat

Tambahnya, CDC berkenaan turut memberi manfaat khususnya kepada komuniti sektor pertanian termasuk peniaga dan pemborong dari luar termasuk Terengganu.

Artikel Berkaitan:


Menurut Tengku Ahmad Badli Shah, perasmian CDC Agrobank merupakan komitmen bank itu terhadap pertumbuhan pertanian yang mampan.

TENGKU AHMAD BADLI SHAH - FOTO:BERNAMA
TENGKU AHMAD BADLI SHAH - FOTO:BERNAMA



"Ia sesuai dengan pelbagai maklumat yang disediakan termasuk geran, subsidi dan peluang pembiayaan serta akses sumber kewangan untuk pembangunan projek pertanian," jelasnya lagi

Pusat itu juga kata beliau, menyediakan perkhidmatan pembangunan modal insan dalam mengintegrasikan petani dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan merangkumi penggunaan alat pertanian khusus, perisian pengurusan ladang dan peranti IoT.

"Ia turut menyokong pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk mewujudkan nilai perniagaan yang besar termasuk prinsip amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan kerjasama dengan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya.

Jelas beliau, pusat itu menjadi manifestasi dedikasi mereka untuk memperkasakan komuniti tempatan, memupuk inovasi dan menyumbang kepada kemakmuran jangka panjang sektor pertanian.

Perancangan

Mohamad mendengar penerangan semasa melawat CDC Agrobank di RTC Tunjung. - FOTO:BERNAMA
Mohamad mendengar penerangan semasa melawat CDC Agrobank di RTC Tunjung. - FOTO:BERNAMA



Bagi mengukuhkan pembangunan masyarakat luar bandar, Agrobank berhasrat untuk membuka dua lagi CDC di pusat perniagaan yang dimiliki Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Dua rancangan pembukaan CDC itu katanya melibatkan lokasi di Gopeng, Perak dan Kalabakan di Sabah.

Mengulas lanjut mengenai CDC di RTC Tunjong, lokasi tersebut merupakan kompleks pasar borong yang dihuni oleh 807 peruncit.

"Pembangunan pusat ini berperanan sebagai salah satu inisiatif untuk mencapai misi Agrobank 'Memperkasakan Pertanian Melangkaui Perbankan,” ujarnya.