Waris wartawan Fiza Kamarudin terima dua faedah PERKESO

Mohammed Azman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada suami Norhafiza, Roshdi sambil diperhatikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
Mohammed Azman (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada suami Norhafiza, Roshdi sambil diperhatikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.
A
A
A

WARIS kepada wartawan hiburan, Allahyarham Siti Nor Hafiza Kamarudin yang meninggal dunia 28 Disember lalu, layak menerima Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, semakan rekod caruman mendapati Allahyarham pernah berkhidmat di tujuh syarikat berbeza, sejak Disember 2002.

“Suami arwah, Roshdi Ramli layak mendapat faedah PERKESO untuk sepanjang hayat, manakala dua anaknya diberikan manfaat sama hingga berusia 21 tahun jika belum berkahwin dan boleh dilanjutkan sekiranya menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama.

“Berdasarkan rekod caruman PERKESO milik Siti Nor Hafiza, mendapati keluarganya layak untuk menerima bayaran berkala Faedah Pencen Penakat berjumlah RM1,975 setiap bulan dan FPM sebanyak RM2,000 secara sekali bayar, menerusi Skim Keilatan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

"PERKESO menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga penyaluran faedah ini berupaya membantu kelangsungan hidup mereka," katanya selepas mengadakan Ziarah Prihatin di kediaman waris di Ampang, Selangor.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.

Mohammed Azman (kanan) menziarahi suami, anak-anak dan ibu Allahyarham Nor Hafiza di kediaman waris di Ampang, Selangor. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet (dua dari kanan).
Mohammed Azman (kanan) menziarahi suami, anak-anak dan ibu Allahyarham Nor Hafiza di kediaman waris di Ampang, Selangor. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet (dua dari kanan).

Siti Nor Hafiza atau lebih dikenali sebagai Fiza Kamarudin menghembuskan nafas terakhir di Hospital Charing Cross, pada jam 3 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia) akibat pendarahan otak pada 28 Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham yang berada di London bersama suami dan dua anak mereka iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8, sepatutnya pulang ke Malaysia pada 27 Disember selepas bercuti, tetapi rebah ketika berada Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow.

Pada Julai 2018, Fiza disahkan menghidap kanser payudara tahap tiga dan disahkan sudah pulih, bagaimanapun sel barah dilaporkan kembali merebak di dalam tubuhnya.

Pemergian wartawan hiburan berkenaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia yang menderma sebanyak RM50,000 melalui tabung Bantulah Fiza.

Sumbangan derma pihak artis, media dan orang ramai ini disalurkan melalui Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) kepada suaminya bagi membiayai kos membawa pulang jenazah ke