Pengawal keselamatan direman tujuh hari rogol dua anak tiri

Suspek berusia 27 tahun direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga 16 Januari ini.
Suspek berusia 27 tahun direman selama tujuh hari bermula Rabu hingga 16 Januari ini.
A
A
A

MELAKA - Seorang lelaki disyaki menjadikan dua anak tirinya berusia 15 dan 13 tahun sebagai pemuas nafsu direman selama tujuh hari bermula Rabu.

Mahkamah membenarkan suspek berusia 27 tahun itu direman sehingga 16 Januari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek mengikut Seksyen 376(3) Kanun Kesesakan kerana merogol.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek ditahan selepas menerima laporan polis yang dibuat oleh isterinya di Balai Polis Batang Melaka pada malam Selasa.

Menurutnya, penderitaan dialami dua beradik itu terbongkar setelah kedua-dua mangsa menceritakan hal itu kepada nenek mereka apabila warga emas terbabit bertanyakan hubungan dengan suspek.

Katanya, ibu mangsa berusia 39 dan bekerja sebagai peniaga makanan telah dimaklumkan perkara itu sebelum bertanyakan kepada suspek, namun lelaki itu tidak mengaku.

"Kedua-dua mangsa memberitahu telah dirogol suspek sejak bersekolah rendah dan ia berlaku semasa ibu mereka keluar berniaga antara jam 5.30 petang hingga jam 10.30 malam.

"Mangsa merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan sesiapa kerana takut ibu mereka tidak mempercayai perbuatan suspek sebelum akhirnya menceritakan hal sebenar kepada nenek," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.

Tambah beliau, mangsa berusia 15 tahu itu memberitahu suspek telah merogolnya sebanyak empat kali pada hari berbeza dan sering diraba semasa masih bersekolah rendah.

Artikel Berkaitan:

"Manakala mangsa berusia 13 tahun dipercayai telah dirogol suspek pada 2 Januari lalu lebih kurang jam 9 malam ketika suspek menyuruh mangsa masuk ke dalam bilik dan merabanya sebelum merogol.

"Sepasukan polis telah menahan suspek di tempat kerjanya di pos pengawal keselamatan sebuah hospital kira-kira jam 11 malam Selasa," katanya.