Penghantar barang ditahan disyaki rogol anak tiri

Seorang penghantar barang ditahan kerana disyaki merogol dan mencabul anak tirinya.
Seorang penghantar barang ditahan kerana disyaki merogol dan mencabul anak tirinya.
A
A
A

AMPANG JAYA - Seorang gadis menempuh detik hitam apabila mendakwa menjadi mangsa cabul dan rogol bapa tirinya sejak tiga tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan dibuat mangsa berumur 15 tahun yang difahamkan tidak bersekolah.

"Mangsa yang berumur 13 tahun ketika kejadian pertama mendakwa dirogol pada Januari 2020 kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika berada bersama adik lelakinya di sebuah rumah.

"Menerusi laporan dibuat mangsa didatangi suspek dari arah belakang, sebelum suspek bertindak merogol mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, kejadian kedua berlaku pada 28 Ogos lalu kira-kira jam 7.30 petang ketika mangsa berada di bahagian dapur rumah.

"Ketika kejadian suspek yang datang dari arah belakang mangsa bertindak mencabul mangsa yang ketika itu berseorangan.

"Mangsa kemudian sekali lagi dicabul pada 30 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam," katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan suspek pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

"Suspek yang ditahan merupakan lelaki warga tempatan dan bekerja sebagai penghantar barang.

"Suspek berumur 30 tahun itu diberkas untuk siasatan lanjut oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya," katanya.

Mohd Azam berkata, soal siasat dijalankan, suspek menafikan merogol atau mencabul mangsa dan mendakwa mangsa mereka cerita.

"Suspek mendakwa mangsa mereka cerita kerana suspek tegas mendidik mangsa.

"Bagaimanapun, pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami koyakan lama pada bahagian kemaluan," katanya.

Jelas beliau, semakan dijalankan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.