Bapa Irfan Wafiy dihubungi Timbalan Menteri Kesihatan

Irfan Wafiy bersama bapanya Idham (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Aminolhuda di SK Taman Bukit Dahlia hari ini.
Irfan Wafiy bersama bapanya Idham (dua dari kanan) menerima sumbangan daripada Aminolhuda di SK Taman Bukit Dahlia hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bapa kepada Irfan Wafiy, 13, memberitahu dihubungi Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye baru-baru ini untuk mengetahui perkembangan anaknya itu yang menderita penyakit Myokymia.

Idham Wazir, 50, berkata Irfan Wafiy masih meneruskan rawatan seperti dinasihatkan, namun meletakkan harapan agar anaknya itu dapat dirujuk pakar luar negara.

"Saya tahu belum ada kes seperti Irfan Wafiy terjadi di Malaysia. Oleh itu saya harap anak saya dapat dirujuk kepada pakar dari luar.

"Selepas tragedi pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim yang berlaku pada Mac tahun lalu, keadaan Irfan Wafiy hanya sekitar 30 peratus pulih," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Tabung Kilat oleh Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia di sini hari ini.

Tabung yang ditubuhkan pada 1 Ogos hingga 31 Oktober lepas berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM17,000.

Pada majlis itu, Irfan Wafiy turut menerima sumbangan RM1,000 dari Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.

Irfan Wafiy berjaya memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan ditawarkan ke Maktab Rendah Sains Mara Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: