Bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan SPRM

Seorang ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan SPRM kerana disyaki menggunakan kedudukannya bagi melantik syarikat perniagaan milik suaminya sebagai subkontrak kerja pengangkutan.
Seorang ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan ditahan SPRM kerana disyaki menggunakan kedudukannya bagi melantik syarikat perniagaan milik suaminya sebagai subkontrak kerja pengangkutan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan kerana menggunakan kedudukannya bagi melantik syarikat perniagaan milik suaminya sebagai subkontrak kerja pengangkutan.

Menurut sumber, suami kepada individu terbabit dipercayai mempunyai kepentingan dalam melaksanakan kerja-kerja pengangkutan bagi pihak syarikat berkenaan yang dianggarkan hampir RM300,000.

Sumber berkata, suspek wanita yang berusia sekitar 40-an itu telah ditahan pada Selasa, jam 2 petang ketika hadir bagi dirakam keterangan di pejabat SPRM Selangor.

"Berdasarkan siasatan dijalankan, suspek melakukan kesalahan tersebut pada 2022 apabila syarikat milik suaminya telah dilantik sebagai syarikat subkontrak pengangkutan.

"Kesemua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek," katanya pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Menurutnya, pihak SPRM akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor jam 8.30 pagi pada Rabu.

Artikel Berkaitan: