Lelaki ditemui mati dalam kereta

Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima maklumat berhubung kejadian ada orang tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Proton Wira pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi MERS 999 jam 8.40 malam.

Beliau berkata, laporan diterima menyatakan kejadian itu berlaku di tepi jalan berhampiran kawasan perumahan Armanee Terrace, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, dekat sini.

Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Seorang lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Proton Wira di Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.

"Pihak ambulans dari Hospital Sungai Buloh tiba di lokasi dan mengesahkan kematian seorang lelaki warga tempatan dipercayai berumur lingkungan 49 tahun.

"Siasatan awal mendapati terdapat sambungan wayar hos daripada ekzos kereta ke dalam kenderaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, mangsa juga telah bertindak mengunci kereta dari dalam.

Menurut beliau, siasatan yang dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Polis Balai Damansara, Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 bagi membantu siasatan," ujarnya.