Polis nafi tidak ambil tindakan kes pukul di Tampin

No Image Caption
A
A
A

TAMPIN - Dakwaan polis tidak mengambil tindakan terhadap laporan satu kes pukul adalah tidak benar dan berniat jahat.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya menafikan laporan disiarkan melalui satu akaun telegram yang didakwa bertujuan menjatuhkan kredibiliti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin serta imej Polis Diraja Malaysia.

"Pihak polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan berkenaan daripada seorang pengadu seperti mana report yang dibuatnya pada 23 Ogos tahun lalu.

"Hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada pengadu sendiri yang berada dalam keadaan mabuk," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ujarnya, hasil perbincangan diantara kedua belah pihak yang terlibat iaitu masing-masing mempunyai hubungan persaudaraan, mereka bersetuju untuk tidak memanjangkan kes berkenaan.

"Selain itu, pengadu juga tidak mengalami kecederaan serius. Pengadu juga sudah memohon maaf selain menyesal melakukan pergaduhan yang berpunca daripada dirinya sendiri.

"Kes berkenaan telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA)," katanya.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan tidak menularkan sebarang isu yang tidak benar yang boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Artikel Berkaitan: