Ketaasuban melampau kepada parti politik sukar bersihkan rasuah

Masyarakat perlu mempunyai ilmu tentang integriti dan rasuah melalui pembacaan, forum, wacana dan sebagainya. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Nor Halmey)
Masyarakat perlu mempunyai ilmu tentang integriti dan rasuah melalui pembacaan, forum, wacana dan sebagainya. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Nor Halmey)
A
A
A

SHAH ALAM - Masyarakat perlu keluar daripada ketaasuban melampau kepada parti politik sehingga mengikis keyakinan pihak berwajib dalam membendung rasuah.

Ketua Pasukan Rasuah Busters Perlis, Nor Halmey Hamdah berkata, perbuatan itu akan menyukarkan kerja pembersihan rasuah oleh pihak berkuasa.

"Masing-masing memihak kepada parti yang mereka yakini benar dan lawan bersifat fitnah.

"Sepatutnya rakyat perlu memberi sepenuhnya ruang dan kepercayaan kepada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan dan membanteras rasuah," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, selain itu masyarakat juga perlu mempunyai sedikit sebanyak ilmu tentang integriti dan rasuah melalui pembacaan, forum, wacana dan sebagainya.

"Laluilah proses-proses kehidupan secara normal. Tidak boleh semuanya mahu jalan pintas yang hanya akan menimbulkan benih atau bibit penyalahgunaan kuasa yang akan mengakibatkan berlaku rasuah.

"Fahamilah bahawa rasuah inilah sebenarnya pemusnah harapan dan masa depan anak-anak kita," tegasnya.

Artikel Berkaitan: