Jelajah Antirasuah Rasuah Busters X Mara, kini kembali

Jelajah Antirasuah Rasuah Busters X Mara kini kembali di MRSM Tun Dr Ismail, Pontian pada 20 September ini.
Jelajah Antirasuah Rasuah Busters X Mara kini kembali di MRSM Tun Dr Ismail, Pontian pada 20 September ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Jelajah Antirasuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), usahasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Rasuah Busters kini kembali dengan lokasi terbaharu di MRSM Tun Dr Ismail, Pontian, Johor yang bakal berlangsung pada 20 September ini.

Unit Integriti Mara dalam satu kenyataan menjelaskan, program yang bermula sejak 2022 itu dianjurkan bertujuan untuk memberi pemahaman dalam kalangan pelajar terhadap cabaran rasuah masa kini.

Tambah kenyataan itu lagi, ia juga diadakan bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar untuk mengekspresi pandangan dalam membanteras rasuah dan mengukuhkan nilai jati diri berintegriti.

"Antara matlamat penganjurannya juga adalah bagi menyalurkan maklumat yang betul dan berkesan kepada warga MRSM berhubung advokasi antirasuah.

"Ia juga bermatlamat mahu meningkatkan dan memantapkan integriti dan amalan antirasuah dalam kalangan pelajar dan guru serta warga Mara," jelas kenyataan itu pada Jumaat.

Dalam pada itu, fokus program jelajah antirasuah ini adalah berfokus kepada warga MRSM untuk memberi kesedaran awal berkaitan advokasi antirasuah khususnya kepada pelajar.

"Bagi sektor-sektor lain pula ia telah diatur dengan program tersendiri yang bersesuaian mengikut kumpulan sasar terbabit," tambah kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan: