Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew

Ebit bersama peguam hadir di Mahkamah Tenom.
Ebit bersama peguam hadir di Mahkamah Tenom.
A
A
A

TENOM - [DIKEMAS KINI] Saksi ketujuh kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.

Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintenden Latifah Abdul Aziz turut mengatakan bahawa beliau tidak pasti dengan gambar yang diekstrak daripada sejarah Google ada kaitan dengan tertuduh.

Peguam bela, Datuk Ram Singh kemudian bertanya adakah Latifah tidak melihat kepada laman sesawang yang dianalisisnya.

"Saya ada melihat beberapa laman sesawang tersebut," Kata Latifah bagi menjawab soalan pemeriksaan balas terhadapnya.

Ram kemudian kemudian mengandaikan bahawa laman sesawang yang diekstrak oleh Latifah adalah untuk memalukan tertuduh.

"Tidak setuju," tegasnya dalam sesi perbicaraan yang bersambung di Mahkamah Tenom pada Selasa.

Latifah dalam pada itu turut tidak bersetuju bahawa beliau melakukan analisis daripada telefon bimbit itu secara rambang.

Sementara itu, dalam pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad terhadap Latifah meminta menjelaskan adakah beliau dipantau oleh ketua unit atau juruanalisis dalam melakukan analilis terhadap telefon bimbit tersebut.

Artikel Berkaitan:

Latifah kemudian memberitahu mahkamah bahawa dia tidak dipantau oleh ketua unit atau juruanalisis dalam melakukan analisis itu.

"Kerana dalam kes ini barang kes saya telah jalankan analisis lebih dari 3,000 barang kes yang mana saya telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan perisian dan juga barang kes berupa peralatan elektronik termasuk telefon bimbit," jelasnya.

Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan dibarisi oleh Azizah, Zahida Zakaria bersama Analia Kamaruddin dan Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.