Mbappe nafi sertai Real Madrid, Liverpool masih ada peluang

Kylian Mbappe FOTO: AFP
Kylian Mbappe FOTO: AFP
A
A
A

WAKIL penyerang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe menafikan laporan yang mendakwa pemain itu telah bersetuju untuk menyertai Real Madrid secara percuma pada musim panas ini.

Kontrak Mbappe dengan PSG akan tamat pada penghujung musim dan dia kini bebas untuk membincangkan pra-kontrak dengan kelab lain.

Real Madrid telah lama dikaitkan untuk menandatangani penyerang itu, dan Foot Mercato melaporkan pada Isnin bahawa Mbappe telah bersetuju dengan terma mengenai perpindahan musim panas ke Santiago Bernabeu.

Bagaimanapun, kem Mbappe mengeluarkan kenyataan kepada RMC Sport pada Selasa yang menolak dakwaan tersebut.

"Tiada persetujuan mengenai masa depan Kylian, terutamanya kerana tiada perbincangan sedang dijalankan mengenainya,"kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Mbappe sendiri mengulas mengenai spekulasi tersebut minggu lalu walaupun sebelum muncul laporan daripada Foot Mercato.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Saya belum membuat pilihan. Saya mempunyai perjanjian dengan presiden kelab.

"Keputusan saya tidak penting kerana kami berjaya melindungi semua pihak dan memelihara kepentingan kelab," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain Real, beberapa kelab dikaitkan dengan Mbappe antaranya Liverpool dan kenyataan rasmi dari wakil Mbappe itu menyaksikan The Reds masih berpeluang untuk menyambar khidmat pemain Perancis itu.