Agong kurnia 341 individu darjah kebesaran, bintang dan pingat

Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (J.M.N) kepada Zulhelmy pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (JMN) kepada Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain.

Beliau mendahului senarai 341 penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke istiadat itu.

Turut dikurniakan Darjah JMN ialah Timbalan Rektor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profeosr Dr Ahmad Faris Ismail.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Aini Aman serta Ketua Pengarah Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia Mejar Jeneral (B), Datuk Abdul Hadi Md Sharif.

Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (J.M.N) kepada Chua Choon Hwa pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

Seri Paduka turut berkenan menganugerahkan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) kepada 62 individu antaranya Pengarah Kesihatan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman.

Artikel Berkaitan:

Al-Sultan Abdullah turut menganugerahkan Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) kepada Ahli Dewan Negara, Rita Sarimah Patrick Insol.

Daripada keseluruhan 341 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan hari ini, 12 individu menerima Johan Mangku Negara (JMN), 14 penerima Johan Setia Mahkota (JSM) dan 62 penerima Kesatria Mangku Negara (KMN).

Al-Sultan Abdullah berkenan mengurniakan Darjah Johan Mangku Negara (J.M.N) kepada Profesor Dr Ahmad Faris Ismail pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

Selain itu, seramai 91 individu menerima Ahli Mangku Negara (AMN), 161 Pingat Pangkuan Negara (PPD) dan seorang penerima bagi Bentara Setia Diraja (BSD).

Hadir sama pada istiadat itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. - Bernama