[VIDEO] Wanita hamil direman disyaki terima suapan RM18,000 anjur konsert

A
A
A

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang penolong pengurus syarikat di sebuah agensi kerajaan bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) direman empat hari bermula Selasa kerana disyaki menerima suapan berjumlah RM18,000 bagi penganjuran sebuah konsert.

Perintah reman hingga Khamis ini dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hasni selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Melaka.

Suspek berusia 37 tahun yang hamil dua bulan itu ditahan ketika hadir di Pejabat SPRM Melaka pada jam 4 petang, Isnin bagi membantu siasatan yang dijalankan.

SPRM menahan seorang penolong pengurus syarikat kerana disyaki menerima suapan membabitkan nilai RM18,000.
SPRM menahan seorang penolong pengurus syarikat kerana disyaki menerima suapan membabitkan nilai RM18,000.

Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan urusetia bagi geran dana berkenaan telah membantu pengarah syarikat terbabit untuk mendapatkan kelulusan bagi geran dana kandungan digital (DKD) di bawah agensi dari Kementerian Komunikasi Dan Digital berjumlah RM300,000.

Individu itu dipercayai meminta komisyen antara 10 hingga 20 peratus berjumlah kira-kira RM18,000.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan individu terbabit di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Artikel Berkaitan: